Monday, June 10, 2013

Cinta

" Tiada istilah gagal dalam perjuangan semasa bergelar mahasiswa, tatkala diumur itu, engkau bereksperimentasi. Apa yang lebih bernilai ialah daripada hikmah kejadian itu dan apa yang engkau belajar daripada setiap situasi yang berlaku."

Assalamu'alaikum, Hye!

Semalam adalah hari terakhir aku dalam minggu orientasi pelajar baharu ; Minggu Tekad Siswa untuk intake Jun 2013. :)  Aku tak pendai luahkan dalam kedudukan lidah yang menajam, jadi aku menaip. :)

Guess what, Sasaran pelajar baharu Unisel terlimpah daripada sangkaan. Keadaan tu membuatkan tangan kami bekerja dalam kabut angin. Alhamdulillah, semua oke. Bile aku tengok ape yang berlaku kepada exco yang banyak menguruskan pelajar, dorang dah macam tak terdaye dah nak harungi hari MTS dorng.

Melayan kerenah pelajar-pelajar yang merapu.

Melembut hati Ibu bapa yang hangin dangan soalan.

Sedangkan para fasilitator belum lagi tentu tenteram hati dorang, belum aman langkah dorang. Belum kering air mata dorang melayan kerenah manusia mahasiswa. Dahh kena ketuk balik..

Kalu aku dalam kasut dorang, tak tahu lah ape yang berlaku kepade aku.. mungkin aku susah skit nak senyum kut jadinyee.

Keadaan itu telah membuatkan postmortem di hujani dangan air mata.

Ketua Fasi pom hari-hari asyik tahan nangis jea.

Kelakar melihat gelagat semua orang.

Tekanan itu rahmat. ^_^