Thursday, January 17, 2013

WatAyaBeharNI !

" Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, kejadian siang dan malam, pancaindera yang lengkap pada tubuh aku, engkau, anda, juga bukit bukau serta gunung-ganang menghijau, dan air-air yang mengalir, Mentari yang menunjukkan sinar dari tempat terbitnya , segalanya menggambarkan kekuasaan, keesaan, Rahman dan Rahimnya ALLAH.. Tidakkah kamu bersyukur? Tidakkah Kamu berfikir? Tidakkah kamu berakal?"

Assalamu'alaikum. Hyep!

WatAyaBeharNI~ Satu kata sengau yang aku dengar daripada angin kipas kt rumah aku. Sebab ilham tah ape-ape yang keluar, then ia terhasil dengan perkataan. Aku taknak taruk bende yang ntah ape-ape dalam penulisan aku. Just aku nak taip semua ini untuk aku bace kembali untuk jadikan pengajaran dan rujukan untuk diri sendiri.

Apa itu WatAyaBeharNI? Well, singkatan rojak yang sebenarnya sekiranya dibunyikan dengan sejelasnya, ia menjelaskan sebegini ; What saya belajar hari ini?

Atau yang lebih jelasnya; Apa yang saya belajar hari ini?

Aku harap, taip-menaip ini akan memberikan nasihat kepada aku. Kalau ade orang yang bace, moh laa nasihatkan sekali. Aku terima dengan tangan terbuka. Bukan semua pengalaman manusia tu sama. Mari berkongsi. I like it! :)

Cantas

"Memenggal kepala muda hingga terpotong urat merikh dan leher, tatkala tiada suara yang keluar kerana dirampas kuasa getar pada corong yang mendengar. Lantas. dijawab soalan-soalan dengan jawaban haiwan keseluruhannya. Membodohkan telinga-telinga. Sedang tiada sedar dia membodohkan dirinya sendiri. "

Asalamu'alaikum.. Hyep!

Wah, hot jugak ape yang berlaku sejak keblakangan nih. Satu forum khas dibuat. Kononnya dikatekan adelah untuk mendengar suara-suara mahasiswa. Tengok ajelah tajuknye ; "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" Well, dengar tajuknya aje, boleh expect ade mahasiswa yang akn bangkit daripade tempat duduk panasnya untuk mengemukakan soalan dan pandangan.

Make, soalan pun dibuka. Soalan yang dilontarkan berbaur fakta-fakta yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. Then, What happened next?

Aku pn tataw, belum sempat point-point tersebut dihabiskan, dicantas bende bulat yang mengaung-ngaung tu daripade tangan mahasiswa tuh. Disuruhnya dengar. Listen, listen, listen. *sambil membilang dengan jari.

Haih! dirampasnya mikrofon tu satu hal, yang tak boleh nak belah sangat tu.. jawaban yang dia bagi lah!. Ape yang aku dengar, semua soalan tak dijawab kut. tade 1 jawaban yang valid dan best pun untuk didengar.

Perbandingan yang minah tu lakukan cam cube untuk merendahkan semua mahasiswa yang hadir waktu tu. Can you imagine?

She said, tahu complaint, complaint, complaint jea.. Semua ade masalah, haiwan ade masalah~ haih.
but truly, she doesn't answering the dem question.

Saya sangat berbangga dan bersyukur berada dalam negara yang serba indah dan permai ini. Saya sayangkan negara ini. Tersangat-sangat sayangkan ia.

Namun, ada sesetengah pihak cuba mencantas fikiran para mahasiswa sehingga kita bagaikan hanya mengikut telunjuk jari mereka sahaja. Bukan ke mahasiswa itu harta negara? ia harus dibentuk dengan secantik-cantik acuan kerana golongan mahasiswalah yang akan mencorakkan masa depan negara. Beri peluang untuk kami bersuara. Weyh, bebel aku ni beb. Semua aku taip ni semua orang dah tahu kot.

Bila fikiran dicantas, kita hanya terdiam. Tidak mampu berlawan, cuma hanya membiarkannya sahaja. Fikiran kita dah dibonsaikan daripada membina sel-sel baharu.

Tidak terisi dengan maklumat, tidak terisi dengan pemahaman. Hanya angguk-anguk, geleng-geleng jer. Dan tepuk2 tangan gembira bila kite lihat org lain dicantas mikroponnya daripada tangan.

Ada dalam kalangan kita yang mengetahui kebenaran. Namun ia rahsiakan. Kononnya untuk taknak sesuatu jadi lagi teruk. tapi, Aku tak paham. Just, aku tak paham. Bagaimana sesuatu kebenaran nak terserlah kalu kite just berfikiran camtu? kita selalu beranggapan orang lain akan buat sesuatu tanpe kite sedar, kita hanye tuding jari kat orang than ckp, Takpe~ dia ade.. dia boleh buat..! Dia boleh bangkit. Stop bergantung kepada orang lain beb.

We must do sumting to make this country a better country to live. :)

Friday, January 11, 2013

Ancam?

"Penyakit yang berjangkit lebih sakit jika ubat tidak menjadi penawar, malah menjadi pembunuh yang merobek lebih mudharat daripada racun, lebih merengsa dan menyeksakan dari toksik."

Assalamu'alaikum , Hyep!

Apa yang aku lihat melalui pendapat aku sendiri, pemerintahan demokrasi harus dikaji balik. tensyen kut.. Sorang cakap lain, pihak lain plak cakap lain. Adeh.

Ini sangat2la tak best bile masuk bab pendidikan. Bagaikan tiada kata sepakat langsung daripade dua-dua blah pihak. Memang la bagus dorang nak kembangkan idea pendidikan dorang. Tapi, yang jadi tikus makmal nanti budak2 yang masih jadi pelajar ni la.

Yang lebih tak best bile pelajar-pelajar ni lost daripada pembelajaran dorang. Bila lost ni lah yang menyumbang kepade sesuatu bahana yang lain. Demonstrasi laa.. bersih laa kotor laa..gelaja sosial situ dan sini. Tak pernah berhasil dengan kempen-kempen yang dijalankan. Naik pening dah NGO2 yg benar2 memperjuangkan keamanan sejagat nak cari alternatif lain.

penat2 kita kambus bangkai.. ade pulak pihak yang sengaje korek balik nak bagi bangkai tu terdedah sehingga busuk semua kawasan.

Bila masuk bab agama, guess wat, ia juga telah dipolitikkan. Jika kerajaan yang memerintah, Usrah tidak dapat dilaksanakan kerana "bunyi" usrah tu pun da bunyi cam pembangkang. ALLAHurabbi.

Ceramah2 pula tak lain hanya diselang seli kan dengan kutukan dan bom mengebom pihak yang bukan sepemikiran dengan orang yang menyampaikan ceramah yang terang-terangan mempunyai agenda politik. *ayuh kite jatuhkan pemerintahan ini!
Blah sane plak gtaw..
*Hampa ingat hampa boleh menang? Kamilah yg memperjuangkan segalanyaa~!

Aku yang semakin pening. Actly kan.. apa yang kita perjuangkan sekarang? Apa yang sebenarnya patut kita perjuangkan? Betul atau tidak cara kite memperjuangkan?

Jop jawab ngan hati. Bukan ego dan taasub serta emosi! Tolongla kembali dengan solution. bukan dengan amukan dan kebodohan yang melampau.

We Are not Animal. Selesaikannya dengan pemikiran, kemanusiaan, dan kembali kepada fitrah. Peace!

Thursday, January 10, 2013

Buang

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Assalamua'laikum, Hye!

Malam semalam aku lepak sorang2 dalam bilek. Dah lewat dah.. pukul 3 pat pagi juge lah. Sunyi sangat waktu tuh. Sampai terdengar jelas bunyi detikan jam dinding kat dalam bilek tu. Wah, macam2 fikiran menerawang ke mane tah perginye.

Tanpa aku sedar, jam terus setia menepati waktunya tanpa berpatah balik. Begitulah masa. Dulu 2012.. sekarang dah 2013.. laju gila masa berjalan. Umur aku pn da semakin bertambah angkanya. Makin tua. Tak selamanya remaja berada dalam wajah dan kulit serta jari jemari ku. Cuma hati jea muda remaja. wahaha. kelasss gitu~ wahaha.

Ops Ops~ wokeyh..

Sedar tak..Nafas itu masa, Nyawa itu masa, Umur itu masa?

Masa ialah makhluk yang ALLAH ciptakan paaling setia. Paaling tepat! Sehinggakan tiada sesuatu yang boleh berkompromi dengannya. Engkau terlepas, maknenya engkau rugi. Engkau telepas, maknanya engkau telah membazirkan umur dan nyawa kau.

guess wat~ kebanyakan daripada kita dah bazirkan nyawa dan umurnya kepada sesuatu yang  sia-sia tanpa kita sedar.

Jadi, apa yang patut kita luangkan kat masa nih agar ia tidak berlalu dengan sia-sia?

Tapi kan~ sebelum tu.. ape ye tujuan utama engkau berada atas muka bumi ni? Bile kita tahu apa tujuan kita berada diatas muka bumi ni, mungkin kita akn tahu kemana dan bagaimana masa, umur, dan nyawa ini seharusnya digunakan.

Mari kita bersama mencari apa tujuan kita berada diatas muka bumi ni..Agar tak kau buangkan masa, nyawa, dan umur kau terhadap sesuatu yang sia-sia. Jop!

Tuesday, January 8, 2013

Sumbangan..?

"Apalah kiranya manusia yang mengungkit jasa, katanya telah berjuang usaha akan sesuatu perkara. Namun tiadakah pengetahuan dia bahawa semua bukan milik kita, cuma hanya mengusahakan sahaja. Bukankah kudrat itu milik-NYA? Maka dengan Izin-NYA dapat kita melakukan sesuatu. Sesungguhnya kepada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita kembali."

Assalamua'laikum, Hye!

Whoho.. Aku sering gak dengar suara-suara yang mengungkit jasa-jasa lama yang pernah dorang lakukan. Janji telah ditepati~~ kini masa membalas budi.. lalala..Termasuklah diri aku tanpe aku sedar juge.

Kononnya terasa down sebab usaha tak dilihat, tak dihargai dan sebagainya. Tak kenang budi. And Wateva lahh. But wait, there's someting I want to ask you. Sebenarnya sape yang suruh korang buat segala benda macam tu eh? contohnya cam tolong kawan dalam kesusahan. then, one day tetibe kawan kaw berpaling tadah. Opkos la kawan kaw yang tikam kaw kat belakang tu salah. Tapi guess what, sape yang bagi kudrat kat kaw untuk tolong kawan kaw yg susah tu eh?

Then, tak semena-mena kaw ungkit, "Selame nih, aku da wat macam-macam kat kau. Aku dah tolong kau macam-macam. tapi sekarng, kau tikam blakang akuh. Kau bukan kawan aku yg sejati, Puihh!!" *sedikit drama disitu.

Tapi sedar tak kau bahawa tolong orang tu adelah arahan dan saranan daripada Tuhan kau. Kenapa kau nak ungkit?

Serius tapaya ungkit, kaw rugi oh kalu kaw ungkit. Ikhlas kau hilang kt situ.

*Apehal kau nak cakap pasal ikhlas segale? kau bole nampak kea ikhlas tu?

iye.. mmg tidak. Tapi, aku yakin kau tanak buat sesuatu yang sia-sia dalam hidup kau. Once kau ungkit, everything vanish. Macam sebuah kebun yang baru dilanggar ngan taufan.. Fiuu!! fiuuu!!! then, nothing left, but just -- dahan2 yang patah. sume tanaman kau hancur musnah.

Well, Kalu kite buat baik, itu bukan untuk orang lain .. untuk diri kite jugak. Semuanya kembali kepada diri kite. Harta kita hanya budi-budi yang telah kita tabur kat orang lain. Tapi tu pun kalau kau tak fikir apa yang kau buat tu harus dibalas oleh manusia. hati-hati lah. jangan mengungkit. Mengungkit tu tak best. Serius aku tak tipu.

Rasa merasakan.

" Belajar daripada pengalaman orang lain itu tidak sama rasanya dengan melaluinya sendiri, kerana sepahit-pahit jadam lebih dirasakan pahitnya bagi mereka yang menggunyah dan menelannya."

Assalamua'laikum, hye!

Ade pendapat menyatakan bahawa, sebijak-bijak manusia adalah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain.

Sebenarnya pada sekian-sekian tempat, aku tak setuju dengan pendapat tu.

Kau mungkin boleh belajar daripada pengalaman tu, tapi kau tak mungkin dapat rasakan pengalaman tu. Bagi aku, orang yang merasakan pengalaman tu lebih menghargainya dan benar-benar akan menjadikan ia sebagai pengajaran. lebih melekat dihati dan susah nak padam-padam.

Carilah pengalaman yang akan menggembirakan kau. Cubalah sesuatu yang baharu iaitu sesuatu yang masih lagi dalam batas2 kau sebagai orang Islam. Banyak lagi kot bende kaw boleh blajar daripada pengalaman tu. Kelak, kau dapat ceritakan pengalaman kau itu utk kau jadikan role model kepada generasi selepas kau kelak.

Bila mendengarkan pengalaman-pangalaman pahit, kadang 2 orang yang belajar daripada pengalaman orang lain suka membuat persepsi sendiri. Pengalaman itu hanya memberikan dorongan serta pengajaran utk engkau menjadi lebih baik dan supaya engkau tidak ikut bodoh seperti dia yang berpengalaman tidak senonoh dan menjijikkan.

Tapi, sedar atau tidak dalam masa yang sama kita telah menghukum seseorang tanpa menyelidik dengan mendalam tentang apa yang berlaku sebenarnya? Just, kebanyakan kita hanya berhenti mendengar pengalaman itu disaat ia sampai ke tahap menjijikkan dan minda terus tertutup dengan konklusi; aku taknak jadi macam tu.

Aku rase, lagi best kalau kite selami pengalaman tu dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya meletakkan persepsi dangkal sebelum menghukum seseorang.

Just, sumthing must be happened with a reason. Find the reason. Then, you have really lot to learn. Aku tengok tv aritu.. Pengakuan seorang pelacur. Dia melacur untuk menyara diri dye.

Mungkin persepsi kita terus meletakkan pelacur tersebut seperti ini; "bodo gile, Macam la tade kerja lain boleh kau buat slain jadikkan diri kau macam tuh.. Bodo bodo bodo."

Tapi adakah kita tahu bahawa dia sebenarnya dijual oleh bapa saudaranya ketika berumur 15 tahun untuk melacur semata-mata nak cari duet lebih?

Tahu tak mak ayah dia meninggal dunia ketika itu dan dia hilang tempat bergantung?

Kita pelajari sesuatu daripada pengalaman orang lain. Tapi kita tidak menyelami orang yang merasai pengalaman itu dan berusaha tidak menjadikan diri seseorang yang merosakkan sesuatu kecil yang memberi alamat kepada kemusnahan yang besar terhadap diri dan seseorang dalam hidup kita.

Persoalannya, bilakah kita mahu mencari pengalaman sendiri serta merasakan pahitnya sebelum kita membuat konklusi melalui pengalaman orang lain?

Belajar mendalami , menyelami, dan memahami. :)

Monday, January 7, 2013

Lurus

"Kelurusan bukan satu kemestian, namun ia keperluan dalam menepati setiap janji. Bahkan, tahunya ia bukan janji itu perkara mainan."

Assalamua'laikum. hey!

Pernahkah korang terfikir. Bagaimana seseorang itu melaksanakan janjinya?
Kini, zaman dah moden gila.. daripade takde alat komunikasi, sehinggalah pada saat ini sume ada dihujung jari, tunggu nak klik, tekan, dan approved jea.

Aku pernah berfikir. sbelum 1876, Alexander Graham bell cipta telefon, cmne manusia nak set tarikh jumpe ea..? Katekan, aku ngan kau da janji nak jumpe pada hari esok pukul 5 petang kt taman tasek, dan komunikasi ngan kau hanye dilakukan dengan surat menyurat/ telegraf jea..

Then, pertemuan pun disetkan seperti apa yang dijanjikan.

just imagine, kalu kita terlewat 5, 10, atau 15 minit, apa akan berlaku?

Kau akan menyeksa orang yang menunggu. Penantian kan 1 penyeksaan, is that rite?

Lebih menyakitkan kalu orang yang berjanji tu tak datang langsung. Kau takde telefon nak mesej. Kalau ade pondok telefon pun, kau nak telefon sape?

Perjanjian tu harus ditepati.

Aku kagum dengan orang zaman dahulu yang lebih menghargai dan menepati masa. Kadang-kadang kemudahan yang kita dapati sekarang hanya membunuh kesungguhan dan kadang-kadang juga ia digunakan untuk seseorang memudahkan diri mencipta alasan. Tanpe kita sedar, the technology fails you.

b'coz of what?

Kerana kita terlalu bergantung kepada teknologi. Teknologi hanya alat, usaha lebih perlu kita lakukan , dan kelurusan dalam menepati sesuatu itu perlu.

Ciptaan teknologi sepatutnya memudahkan kita dan memberikan lebih opsyen kepade kita untuk menyelesaikan sesuatu . Supaya kita tidak kemukakan banyak alasan.

Permudahkan, jangan susahkan.

That's what I learned.

Sunday, January 6, 2013

Baki

Assalamua'laikum,

Hey Guys. :)
Cuti sem aku dah berbaki tinggal untuk seminggu lagi. Sekiranya korang ditempat aku, apakah yang korang akan buat sepanjang cuti tu..?

Aku takkan nak bagi kata-kata hikmah suh kaw taruk bende berfaedah dalam hari-hari korang. Coz I know, korang sume dah besa-besa kan? U'all da ade otak panjang2 untuk fikir mane baik dan buruk. So why not, u make ur dem butt not just sittin and start to make sumting good that u can learn from? oke, maap English berterabur disitu.

Ape yang aku dapat ialah;
Dalam hari-hari korang, takkan tade ape2 yang dapat kaw blajar kut. Mesti ade. Atleast belajar sabar. I noe, we are teenagers. In this stage of life, kite sering lack of kesabaran dalam hidup kitorang. Kadang-kadang sebarang keputusan jangka masa panjang yang kite buat menggambarkan kebuduhan melampau kitorang. Even dalam kalangan yang dikategorikan sebagai "golongan terpelajar". But wait, dalam stage ni jugak kite belajar daripada kesilapan. Itulah yang membuatkn stage bergelar remaja ini stage yang best! So, start la untuk bereksperimentasi.

Belajarlah sesuatu. Try an error. Tp, jangan lah kalau kau taw dah bende tu dah terang2 salah, kau pi buat jugak bodo. That's a truely bodo. Tahap lembu. And berfikir rasional lah, sebab kalau kite stop kejap, then befikir. U'll noe that, pemikiran kite tu boleh menghalang kite daripade melakukan perbuatan yang lebih bodo.

Cam aku,  aku suke terajang bende. Dah aku kate.. remaja tu tak sabar, aku maseh remaje lah nih. hoho. Asyik nak marah jea. What happened then? Aku tlah hampir terterajang plastik yang dipenuhi dengan kaca pecah yang tajam-tajam. dah la aku time tu tak pakai kasut kea ape kea. Kenapa aku tak terajang jea? hoho.. secare spontannye, aku stop then befikir kejap. Takut-takut kalau ada benda tajam kat dalam plastik tu, kompom kaki aku bocor. And yup, betul natang tuh ade dalam tu.

Then, daripada situ aku belajar stop, think, dan buat keputusan. Keputusan tu akan mempengaruhi hidup kau untuk jam-jam, minit-minit, dan saat-saat baru di hadapan kau.

Salah ke ape yang aku sarankan? kalau salah. Kau tinggalkanlah. Ambil yang baik-baik je. Then, yang buruk2 tu. bole campak ke longkang. :)

p/s: Aku paling benci orang yang cakap; "Saye ni bukan golongan orang yang suka berfikir" Dem bullship, ape daa. baik disable jea otak kaw tu.

Hidup Segan Mampus Tak nak

Assalamua'laikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

What happened. Aku tak tahu nak bagi name ape kt site nih. Blog kea ape kea.. Its has no point at all. Nak taip segan tp menggelabah cakap best bila bace post orang lain. Last-last terdetik nak buat post sendiri. But hey. I'm here. I just wrote a new post. Glad it be.

Berfaedah dalam setiap penulisan. Disiplin yang aku nak terapkan dalam tulisan yang bakal wujud nanti. Cume permulaan dia sahaje yang bersepah sikit. Sebenarnye, ni bukan post permulaan, tapi ketiga dah dalam ranking "post yang berobjektifkan permulaan". Tolong laa jangan tak jadi lagi pasni. Heisy.

Haha.