Monday, October 7, 2013

Pagi Yang Gelap

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Bagaimana mungkin, 

Pada tetap waktunya Subuh meredah Cahaya yang tidak berhenti sehingga cerahnya Pandangan,
Terlihat akan segala pantulan bila ia ikut kuat bersama denyut nadi yang meruntun untuk bersyukur.

Akan sedemikian harusnya, maka setelah langkah tidak bukan kerana DIA. Malah sering  lupa sebabnya manusia. Kerana itu alasan yang mungkin terbatu kerasnya. 

Kerana manusia bersyukur wajib demi keberlangsungan hidup yang sebenar. Bahkan itu tujuan manusia diciptakan. Demi Allah. Kerana redha-Nya. 

Bila itu saat berlaku, berguna istighfar pada setiap masa, setiap denyut, setiap hela. Kerana ALLAH memahami makhluk-NYA.

Maka taubat yang sebenar harus ditangiskan sebelum saatnya mata tiada dibenarkan untuk menangis. Bahkan saat itu wujudnya mata itu hanya ditangisi.

Monday, June 10, 2013

Cinta

" Tiada istilah gagal dalam perjuangan semasa bergelar mahasiswa, tatkala diumur itu, engkau bereksperimentasi. Apa yang lebih bernilai ialah daripada hikmah kejadian itu dan apa yang engkau belajar daripada setiap situasi yang berlaku."

Assalamu'alaikum, Hye!

Semalam adalah hari terakhir aku dalam minggu orientasi pelajar baharu ; Minggu Tekad Siswa untuk intake Jun 2013. :)  Aku tak pendai luahkan dalam kedudukan lidah yang menajam, jadi aku menaip. :)

Guess what, Sasaran pelajar baharu Unisel terlimpah daripada sangkaan. Keadaan tu membuatkan tangan kami bekerja dalam kabut angin. Alhamdulillah, semua oke. Bile aku tengok ape yang berlaku kepada exco yang banyak menguruskan pelajar, dorang dah macam tak terdaye dah nak harungi hari MTS dorng.

Melayan kerenah pelajar-pelajar yang merapu.

Melembut hati Ibu bapa yang hangin dangan soalan.

Sedangkan para fasilitator belum lagi tentu tenteram hati dorang, belum aman langkah dorang. Belum kering air mata dorang melayan kerenah manusia mahasiswa. Dahh kena ketuk balik..

Kalu aku dalam kasut dorang, tak tahu lah ape yang berlaku kepade aku.. mungkin aku susah skit nak senyum kut jadinyee.

Keadaan itu telah membuatkan postmortem di hujani dangan air mata.

Ketua Fasi pom hari-hari asyik tahan nangis jea.

Kelakar melihat gelagat semua orang.

Tekanan itu rahmat. ^_^




Tuesday, May 21, 2013

Perang.

"Korek-korek kepala sehingga jendul dalam pemikiran, katanya mahu bikin pembaharuan,
baharu dalam cara penyampaian, lebih bermain nafas muda yang kecomelan.
Tentang cara wudhu' ruku' serta sujud. Persembahan yang memerlukan penjelasan."

Assalamu'alaikum. Hyep!

Aku dalam pelajaran untuk sampaikan bab solat nih. Bukan aku yang menyampaikan. Tapi kami. Yang kompomnye, dalam pembelajaran kat sekolah. Cikgu-cekgi dah pun bagitau macam mane care nak dirikan solat kat ank2 murid dye. Dari taharahnyee sampai le ke tahiyyat akhir.

Tapi, kami jadi penguat kepade adik-adik ni untuk lebih memahami tentang solat. InshaALLAH

1 sekolah dah beri kepercayaan kepade kami. Dan terime kasih juge kat pemberi kepercayaan kepade saye, Hazwan kerana wujudkan peluang dekat aku untuk jadi Ketua Fasilitator untuk kali neh.

Tapi, persoalan timbul sampai buat pale aku jendul untuk seketika.

Camne nak sampaikan secara berkesan?

Adakah hanye cukup dengan menunjukkan mereka cara, dan lepas tu lepaskan kepade mereka untuk lakukan tu dah mencukupi?

huhu.. Great question.!

Adik-adik kali ni adelah mereka yang berumur dalam lingkungan antare darjah 3 hingge 6. 

Umur yang dituntut kepade semua mak bapak untuk menyampaikan kepade mereka tentang kewajiban solat.

Nampak tak kecomelannye disitu?




Monday, May 20, 2013

Perjalanan Nabi Ke SAW ke Taif

Aku Terkesan dengan salah satu kisah nih. Aku rase best kalu aku dahulukan dengan kisah ni dulu.


Abu Nu’aim memberitakan dengan lebih lengkap daripada Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW. Oleh sebab itu baginda berangkat ke Tha’if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. 

Baginda menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas’ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu Nabi saw menawarkan diri baginda untuk diberikan perlindungan, di samping baginda mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap diri baginda, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. 

Maka berkata salah seorang dari mereka: 
"Aku hendak mencuri kelambu Ka’bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?!"

Yang lain pula berkata: "Demi Allah, aku tidak dapat berkata-kata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, nescaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?!"

Dan yang terakhir pula berkata: "Adakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau?"

Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada Rasulullah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek baginda dengan kata-kata itu.

Kemudian ketika baginda hendak pergi meninggalkan Tha’if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar kepada baginda, setiap baginda melangkah, batu-batu itu mengenai semua tubuh baginda sehingga luka-luka berdarah sehingga darah itu membasahi capal baginda, 

dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, baginda terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Lalu baginda berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha’if itu.

Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: ‘Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?’ tanya Aisyah ra.

‘Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku!

‘Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib. Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. 

Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!‘

Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad!’ Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi. 

‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun niscaya aku akan lakukan!’ 

‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !’, demikian jawab Nabi SAW.

Assalamu'alaikum :)

Memandang Pada Indah Dalam Dunia,
Menggetarkan Hati Rohani yang saban hari Mati.
Dikala Angguk Diam membalas kata.
Cabaran Dunia Nafsu, Kejahatan dilayankan jua.
Bukan kehendak dalam hati kecil untuk membiarkan.
Namun, diri seakan tidak berdaya.
Entiti dihantar oleh-Nya demi belajar melalui pemikiran.
Pedoman dan cara hidup yang membawa kepada gemilang.
Mulia Akhlaq bersama kelembutan
Terpuji daripadanya segala pendekatan.

Hyep, Assalamu'laikum.

Sekarang, jam telahpun tepat menunjukkan pukul 9.53 malam. Dah malam dahh.. Cepat jea mase berlalu.  :)
Umur pun semakin tua dahh. Setiap hari, semaakin meningkat jumlah nafas. Setiap hari semakin bertambah patah kate yang terkeluar daripade mulut kite.

Cume, yang menjadi tande tanye dalam diri aku sendiri. Adekah perkataan aku yang terkeluar dari mulut ni adelah perkataan yang mengingatkan aku kepada pencipte aku?

Maak aih..

Aku pernah terbace yang;

Ape yang terkeluar daripade mulut kite setiap hari tu laa agama kite. Maksudnye; segale ape kite lazimkan untuk lidah kite menyebut setiap hari, tanpe kite sedar..dahh jadi agame kite dahh.. Macam tu juge kalu kite cakap pasal kebesaran Allah, keindahan Islam setiap hari dalam hidup kite.. Make tu pn menunjukkan ape agame kite sebenarnye..

Dahh jadi syirik kecil dahh.. :( tanpe kite sedar kott.

Sow, conclusionnyee.. kalu nak taw kite bertuhankan siape, make lihatlah tentang ape yang kite ucapkan setiap hari.

Hmm..

Aku diilhamkan oleh seseorang yang aku kenal. Kemba dorang nih.. Dorang menjadi perantare menyampaikan ilham tentang sesuatu kepade aku untuk menjadi lebih baik daripade sebelum ni.

*ayat belit disitu.. :P

Untuk jadi lebih baik, better kalu kite rujuk balik kisahkisah Nabi dan para Sahabat yang hebat2 akhlaknye. Itule ideanye. Hebat jugakk!! Aku pn dah lame gilors tak bace kisah2 para sahabat ajmai'n ni. Apetah lagi kisah-kisah para nabi dan rasul. :)

Sow, aku ingat nak kumpulkan kisah-kisah tentang akhlak nih.. :)

Untuk betulkan diri aku yang teruk neh untuk jadi lebih baik.. At least, ade bende yang aku belajar. Belajar apa itu adab. Belajar bagaimana menghandel prasaan buruk yang ade dalam diri neh. Semoga bermanfaat.. ^_^

p/s : Terime Kasih Kembaa Tungting :D

Monday, March 25, 2013

:?

Assalamu'alaikum.. Hyep!

Sepatutnya sekarang aku kene siapkan assignment yang melambak. Masa yang ade ni aku curi kejap untuk menaip sesuatu. Lame dah tak jengah blog ni.

Sekadar nak asah daripada punah akal ini proses dengan telinga yang menadah.

Menaip unuk luahkan rasa yang tersekat-sekat nih.

Aku kadang-kadang rasa hidup da semakin terumbang ambing sedikit. kekuatan untuk menangkis nafsu perlu aku perkuat.

Mana taknye.. syaitan cuma jentik dengan jentikan kejahatan. Spark plug da nyale ckit2.. Yang continue bakarnye nafsu ni le..

Aku kalah denga nafsu ni. tidur yang terus tidur buat aku berat. Malas mulai menjadi ucaptama gerak geri untuk melaksanakan sesuatu.

Geram , memang geram ape yang aku rasakan sekarang. Macam mana nak buang ?

Humm.. tengah usaha.

Kebanyakan teman sekelas dah sakit. Rase cam dorang da demotivate dah skit. Kelas banyak tak hadir, senyum dorang , riuh dorang lame tak dengar. Rindu pulak rasenye.

Mungkin sebab banyak assignment yang tertangguh buat dorang tak datang.

Termasukla aku sekali..

Lagi sorang ni pulak kecelakaan. Urat tangan putus bila cuba nak bukak tin makanan.

Yang tu buat dye lame tak datang kelas.

Haih.

Aku dilantik jadi salah seorang ahli dalam Majlis perwakilan pelajar di tempat aku belajar.

Seriusly, aku rase aku cam tak menyumbangkan ape-ape dalam majlis tu.

Kelompok elit yang mewakilkan pelajar ni perlukan orang hebat. Ternyata aku bukan orang tu.

Namun, bila terfikir balik, mengapa aku diberikan tugas ini?

Allah yang beri bukan kehendak aku.

Aku masih lagi bukan orang yang menyelesaikan mana-mana masalah mahasiswa yang ade kt universiti kesayangan aku tu..

Laratkah atau berbaloikah aku menaip dan terus menaip tentang ini? Allah.. payah-- payah-- payah--

Mungkin aku terlalu melihatkan masalah berbanding mencari peyelesaian.

Benarlah, tiada teman yang teragung bagi seorang muslim melainkan ALLAH yang tiada perantara ucapan antara hamba-NYA dengan DIA.

Kuatkanlah hati aku, lemahkan serta longlaikan rasa malas aku, tundukkanlah nafsu ini pada jalan yang Engkau Redha ya ALLAH. Aku mohon kepada MU.

*Masa untuk sambung buat Assignment..

Tata! ^_^

Wednesday, February 13, 2013

Ma ha sis wa

"Mencapai umur mahasiswa,  memberikan jalan untuk diri bertanya; Apakah mahasiswa sekadar menghabiskan masa dikuliah , mengenyangkan perut dikafeteria , merebahkan badan yang letih di atas katil ?"

Assalamu'alaikum. Hye!

So. its too long for me tak menjegah ke dalam ini blog. Bile terjengah tu. Ade la yang nak dikongsi. Perkongsian untuk diri sendiri. Sekadar untuk mengingatkan diri yang terlupa sering berkali-kali. Whoah.. :o

Baru pulang daripada satu program tahunan persatuan. PMG kali ke 13. Best!! :D impak positif daripada adik2 program sering mengajar diri nih. Ia seakan memotivasikan berkali-kali supaya sentiasa bangkit untuk umat bagi generasi yang akan datang.

Apa yang kau mahu untuk masa yang akan datang? satu generasi yang bobrok atau generasi yang akan bangkit demi peyatuan ummat dan kebangkitan Islam?

Cukuplah kita dah kehilangan beribu-ribu sarjana yang membangunkan dunia ini menurut fahaman yang diberikan ALLAH kepada mereka tentang Khalifah. After over 300 years kita ade rights untuk memberikan nama kepada bintang-bintang. Kita menjadi entiti yang menjadi inventor kepada semua kemudahan dan teknologi didunia.  After that, all stops. Kita telah dimanipulasi sehingga hilang segala ilmu yang kita pegang selama ini. We're not consumers. But now we are.

Sehingga kini, dunia Islam seakan terus merundum dengan perkelahian dan peperangan. Dalam keadaan kita tidak sedar, fokus kita telah hilang untuk mencari keamanan hakiki dunia ini. Apakah Wujud penyelesaian?

Jika terdapat penyelesaian itu, mengapa tidak difokuskan untuk mencari penyelesaian dan berbalik dengan jawaban kepada semua permasalahan ini?

Segalanya menjadi semakin dalam dan besar simbol tanda tanya tu dalam kepala aku.

Bila melihat wajah adik2. Hati aku seakan menyuruh aku untuk menoleh kebelakang, sering berangan. Untuk kembali seumur mereka. Teringat; Dalam umur itu, aku tidak mempunyai murabbi. Tidak mempunyai abang yang sering aku keluar bersama mendengar setiap ucapan dan nasihat. Mengubah aku untuk melihat dunia dalam perspektif yang berbeza. Jika ketika itu aku ditemukan dengan sebuah kelompok yang bernama jemaah. Pasti, pandangan ku  terhadap dunia sedikit berbeza.


Apa yang harus aku perjuangkan kini, tidak cukup jika hanya membuahkan cemerlang dalam pointer dan markah-markah kokorikulum. Namun, mata dan fikiranku harus aku tajamkan untuk umat ini.

Moga aku tidak hanya berhenti dan terhenti. Segalanya harus diteruskan sehingga taqdirku.

Ya ALLAH, Tunjukkanlah Aku Kebenaran dan berikanlah aku hati yang cenderung untuk mengikutinya serta tunjukkanlah aku kebatilan dan kekuatan untuk mejauhkan kebatilan itu daripada diriku, keluargaku, kaum kerabatku, saudara-maraku, dan sahabatku, jua saudara seIslamku Ya ALLAH.