Tuesday, January 8, 2013

Rasa merasakan.

" Belajar daripada pengalaman orang lain itu tidak sama rasanya dengan melaluinya sendiri, kerana sepahit-pahit jadam lebih dirasakan pahitnya bagi mereka yang menggunyah dan menelannya."

Assalamua'laikum, hye!

Ade pendapat menyatakan bahawa, sebijak-bijak manusia adalah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain.

Sebenarnya pada sekian-sekian tempat, aku tak setuju dengan pendapat tu.

Kau mungkin boleh belajar daripada pengalaman tu, tapi kau tak mungkin dapat rasakan pengalaman tu. Bagi aku, orang yang merasakan pengalaman tu lebih menghargainya dan benar-benar akan menjadikan ia sebagai pengajaran. lebih melekat dihati dan susah nak padam-padam.

Carilah pengalaman yang akan menggembirakan kau. Cubalah sesuatu yang baharu iaitu sesuatu yang masih lagi dalam batas2 kau sebagai orang Islam. Banyak lagi kot bende kaw boleh blajar daripada pengalaman tu. Kelak, kau dapat ceritakan pengalaman kau itu utk kau jadikan role model kepada generasi selepas kau kelak.

Bila mendengarkan pengalaman-pangalaman pahit, kadang 2 orang yang belajar daripada pengalaman orang lain suka membuat persepsi sendiri. Pengalaman itu hanya memberikan dorongan serta pengajaran utk engkau menjadi lebih baik dan supaya engkau tidak ikut bodoh seperti dia yang berpengalaman tidak senonoh dan menjijikkan.

Tapi, sedar atau tidak dalam masa yang sama kita telah menghukum seseorang tanpa menyelidik dengan mendalam tentang apa yang berlaku sebenarnya? Just, kebanyakan kita hanya berhenti mendengar pengalaman itu disaat ia sampai ke tahap menjijikkan dan minda terus tertutup dengan konklusi; aku taknak jadi macam tu.

Aku rase, lagi best kalau kite selami pengalaman tu dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya meletakkan persepsi dangkal sebelum menghukum seseorang.

Just, sumthing must be happened with a reason. Find the reason. Then, you have really lot to learn. Aku tengok tv aritu.. Pengakuan seorang pelacur. Dia melacur untuk menyara diri dye.

Mungkin persepsi kita terus meletakkan pelacur tersebut seperti ini; "bodo gile, Macam la tade kerja lain boleh kau buat slain jadikkan diri kau macam tuh.. Bodo bodo bodo."

Tapi adakah kita tahu bahawa dia sebenarnya dijual oleh bapa saudaranya ketika berumur 15 tahun untuk melacur semata-mata nak cari duet lebih?

Tahu tak mak ayah dia meninggal dunia ketika itu dan dia hilang tempat bergantung?

Kita pelajari sesuatu daripada pengalaman orang lain. Tapi kita tidak menyelami orang yang merasai pengalaman itu dan berusaha tidak menjadikan diri seseorang yang merosakkan sesuatu kecil yang memberi alamat kepada kemusnahan yang besar terhadap diri dan seseorang dalam hidup kita.

Persoalannya, bilakah kita mahu mencari pengalaman sendiri serta merasakan pahitnya sebelum kita membuat konklusi melalui pengalaman orang lain?

Belajar mendalami , menyelami, dan memahami. :)

0 comments:

Post a Comment