Thursday, January 17, 2013

Cantas

"Memenggal kepala muda hingga terpotong urat merikh dan leher, tatkala tiada suara yang keluar kerana dirampas kuasa getar pada corong yang mendengar. Lantas. dijawab soalan-soalan dengan jawaban haiwan keseluruhannya. Membodohkan telinga-telinga. Sedang tiada sedar dia membodohkan dirinya sendiri. "

Asalamu'alaikum.. Hyep!

Wah, hot jugak ape yang berlaku sejak keblakangan nih. Satu forum khas dibuat. Kononnya dikatekan adelah untuk mendengar suara-suara mahasiswa. Tengok ajelah tajuknye ; "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" Well, dengar tajuknya aje, boleh expect ade mahasiswa yang akn bangkit daripade tempat duduk panasnya untuk mengemukakan soalan dan pandangan.

Make, soalan pun dibuka. Soalan yang dilontarkan berbaur fakta-fakta yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. Then, What happened next?

Aku pn tataw, belum sempat point-point tersebut dihabiskan, dicantas bende bulat yang mengaung-ngaung tu daripade tangan mahasiswa tuh. Disuruhnya dengar. Listen, listen, listen. *sambil membilang dengan jari.

Haih! dirampasnya mikrofon tu satu hal, yang tak boleh nak belah sangat tu.. jawaban yang dia bagi lah!. Ape yang aku dengar, semua soalan tak dijawab kut. tade 1 jawaban yang valid dan best pun untuk didengar.

Perbandingan yang minah tu lakukan cam cube untuk merendahkan semua mahasiswa yang hadir waktu tu. Can you imagine?

She said, tahu complaint, complaint, complaint jea.. Semua ade masalah, haiwan ade masalah~ haih.
but truly, she doesn't answering the dem question.

Saya sangat berbangga dan bersyukur berada dalam negara yang serba indah dan permai ini. Saya sayangkan negara ini. Tersangat-sangat sayangkan ia.

Namun, ada sesetengah pihak cuba mencantas fikiran para mahasiswa sehingga kita bagaikan hanya mengikut telunjuk jari mereka sahaja. Bukan ke mahasiswa itu harta negara? ia harus dibentuk dengan secantik-cantik acuan kerana golongan mahasiswalah yang akan mencorakkan masa depan negara. Beri peluang untuk kami bersuara. Weyh, bebel aku ni beb. Semua aku taip ni semua orang dah tahu kot.

Bila fikiran dicantas, kita hanya terdiam. Tidak mampu berlawan, cuma hanya membiarkannya sahaja. Fikiran kita dah dibonsaikan daripada membina sel-sel baharu.

Tidak terisi dengan maklumat, tidak terisi dengan pemahaman. Hanya angguk-anguk, geleng-geleng jer. Dan tepuk2 tangan gembira bila kite lihat org lain dicantas mikroponnya daripada tangan.

Ada dalam kalangan kita yang mengetahui kebenaran. Namun ia rahsiakan. Kononnya untuk taknak sesuatu jadi lagi teruk. tapi, Aku tak paham. Just, aku tak paham. Bagaimana sesuatu kebenaran nak terserlah kalu kite just berfikiran camtu? kita selalu beranggapan orang lain akan buat sesuatu tanpe kite sedar, kita hanye tuding jari kat orang than ckp, Takpe~ dia ade.. dia boleh buat..! Dia boleh bangkit. Stop bergantung kepada orang lain beb.

We must do sumting to make this country a better country to live. :)

0 comments:

Post a Comment