Wednesday, February 13, 2013

Ma ha sis wa

"Mencapai umur mahasiswa,  memberikan jalan untuk diri bertanya; Apakah mahasiswa sekadar menghabiskan masa dikuliah , mengenyangkan perut dikafeteria , merebahkan badan yang letih di atas katil ?"

Assalamu'alaikum. Hye!

So. its too long for me tak menjegah ke dalam ini blog. Bile terjengah tu. Ade la yang nak dikongsi. Perkongsian untuk diri sendiri. Sekadar untuk mengingatkan diri yang terlupa sering berkali-kali. Whoah.. :o

Baru pulang daripada satu program tahunan persatuan. PMG kali ke 13. Best!! :D impak positif daripada adik2 program sering mengajar diri nih. Ia seakan memotivasikan berkali-kali supaya sentiasa bangkit untuk umat bagi generasi yang akan datang.

Apa yang kau mahu untuk masa yang akan datang? satu generasi yang bobrok atau generasi yang akan bangkit demi peyatuan ummat dan kebangkitan Islam?

Cukuplah kita dah kehilangan beribu-ribu sarjana yang membangunkan dunia ini menurut fahaman yang diberikan ALLAH kepada mereka tentang Khalifah. After over 300 years kita ade rights untuk memberikan nama kepada bintang-bintang. Kita menjadi entiti yang menjadi inventor kepada semua kemudahan dan teknologi didunia.  After that, all stops. Kita telah dimanipulasi sehingga hilang segala ilmu yang kita pegang selama ini. We're not consumers. But now we are.

Sehingga kini, dunia Islam seakan terus merundum dengan perkelahian dan peperangan. Dalam keadaan kita tidak sedar, fokus kita telah hilang untuk mencari keamanan hakiki dunia ini. Apakah Wujud penyelesaian?

Jika terdapat penyelesaian itu, mengapa tidak difokuskan untuk mencari penyelesaian dan berbalik dengan jawaban kepada semua permasalahan ini?

Segalanya menjadi semakin dalam dan besar simbol tanda tanya tu dalam kepala aku.

Bila melihat wajah adik2. Hati aku seakan menyuruh aku untuk menoleh kebelakang, sering berangan. Untuk kembali seumur mereka. Teringat; Dalam umur itu, aku tidak mempunyai murabbi. Tidak mempunyai abang yang sering aku keluar bersama mendengar setiap ucapan dan nasihat. Mengubah aku untuk melihat dunia dalam perspektif yang berbeza. Jika ketika itu aku ditemukan dengan sebuah kelompok yang bernama jemaah. Pasti, pandangan ku  terhadap dunia sedikit berbeza.


Apa yang harus aku perjuangkan kini, tidak cukup jika hanya membuahkan cemerlang dalam pointer dan markah-markah kokorikulum. Namun, mata dan fikiranku harus aku tajamkan untuk umat ini.

Moga aku tidak hanya berhenti dan terhenti. Segalanya harus diteruskan sehingga taqdirku.

Ya ALLAH, Tunjukkanlah Aku Kebenaran dan berikanlah aku hati yang cenderung untuk mengikutinya serta tunjukkanlah aku kebatilan dan kekuatan untuk mejauhkan kebatilan itu daripada diriku, keluargaku, kaum kerabatku, saudara-maraku, dan sahabatku, jua saudara seIslamku Ya ALLAH.

0 comments:

Post a Comment