Monday, March 25, 2013

:?

Assalamu'alaikum.. Hyep!

Sepatutnya sekarang aku kene siapkan assignment yang melambak. Masa yang ade ni aku curi kejap untuk menaip sesuatu. Lame dah tak jengah blog ni.

Sekadar nak asah daripada punah akal ini proses dengan telinga yang menadah.

Menaip unuk luahkan rasa yang tersekat-sekat nih.

Aku kadang-kadang rasa hidup da semakin terumbang ambing sedikit. kekuatan untuk menangkis nafsu perlu aku perkuat.

Mana taknye.. syaitan cuma jentik dengan jentikan kejahatan. Spark plug da nyale ckit2.. Yang continue bakarnye nafsu ni le..

Aku kalah denga nafsu ni. tidur yang terus tidur buat aku berat. Malas mulai menjadi ucaptama gerak geri untuk melaksanakan sesuatu.

Geram , memang geram ape yang aku rasakan sekarang. Macam mana nak buang ?

Humm.. tengah usaha.

Kebanyakan teman sekelas dah sakit. Rase cam dorang da demotivate dah skit. Kelas banyak tak hadir, senyum dorang , riuh dorang lame tak dengar. Rindu pulak rasenye.

Mungkin sebab banyak assignment yang tertangguh buat dorang tak datang.

Termasukla aku sekali..

Lagi sorang ni pulak kecelakaan. Urat tangan putus bila cuba nak bukak tin makanan.

Yang tu buat dye lame tak datang kelas.

Haih.

Aku dilantik jadi salah seorang ahli dalam Majlis perwakilan pelajar di tempat aku belajar.

Seriusly, aku rase aku cam tak menyumbangkan ape-ape dalam majlis tu.

Kelompok elit yang mewakilkan pelajar ni perlukan orang hebat. Ternyata aku bukan orang tu.

Namun, bila terfikir balik, mengapa aku diberikan tugas ini?

Allah yang beri bukan kehendak aku.

Aku masih lagi bukan orang yang menyelesaikan mana-mana masalah mahasiswa yang ade kt universiti kesayangan aku tu..

Laratkah atau berbaloikah aku menaip dan terus menaip tentang ini? Allah.. payah-- payah-- payah--

Mungkin aku terlalu melihatkan masalah berbanding mencari peyelesaian.

Benarlah, tiada teman yang teragung bagi seorang muslim melainkan ALLAH yang tiada perantara ucapan antara hamba-NYA dengan DIA.

Kuatkanlah hati aku, lemahkan serta longlaikan rasa malas aku, tundukkanlah nafsu ini pada jalan yang Engkau Redha ya ALLAH. Aku mohon kepada MU.

*Masa untuk sambung buat Assignment..

Tata! ^_^

0 comments:

Post a Comment